Sfinks Agung Giza
Sfinks Agung Giza

Sfinks Agung Giza

Sfinks Agung Giza (Jawi: ‏سفينک‌س اڬوڠ ݢيزا‎code: ms is deprecated ‎) ialah sebuah tugu batu kapur berbentuk sfinks yang berbaring. Sfinks sendiri merupakan makhluk mitos berkepala manusia dan bertubuh singa.[1] Ia menghadap lurus dari barat ke timur, dan terletak di Dataran Tinggi Giza di tebing barat Sungai Nil di Giza, Mesir. Wajah Sfinks ini dipercayai mewakili firaun Khafre.[2]Bentuk asli Sfinks adalah hasil pemotongan dari batuan dasar, dan sejak semasa itu telah dipulihkan dengan lapisan blok batu kapur.[3] Sfinks ini mempunyai panjang 73 meter dari kaki hadapan ke ekor, tinggi 20 meter dari pangkal tubuh ke puncak kepala, dan lebar 19 meter di bahagian paha belakangnya.[4] Hidungnya patah atas sebab yang tidak diketahui antara abad ke-3 dan ke-10 Masihi.Sfinks merupakan patung monumental tertua yang diketahui di Mesir dan salah satu patung yang paling terkenal di dunia. Bukti arkeologi menunjukkan bahawa patung ini dibuat oleh orang Mesir kuno dari Kerajaan Lama selama masa pemerintahan Khafre (sekitar 2558-2532 SM).[5][6][7]

Rujukan

WikiPedia: Sfinks Agung Giza http://le-sphinx-de-guizeh.blogspot.com/2013/05/le... http://www.peust.de/ortsnamen_original.pdf http://www.aeraweb.org/projects/sphinx/ //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Sfink... http://www.dorlingkindersley-uk.co.uk/nf/Book/Book... https://www.britannica.com/topic/sphinx https://books.google.com/books?id=4arwBQAAQBAJ&pg=... https://books.google.com/books?id=dalEAAAAcAAJ&dq=... https://al-maktaba.org/book/11566/227 https://archive.org/details/atlasofancientar00hawk...